Ucaplah....Alhamdulillah...
Posted by
zaemah
, Tuesday, April 6, 2010 at 3:53 AM, in
Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi..keranaNya kita masih bernafas di muka bumi ini bagi meneruskan amal kebaikan sebagai bekalan di akhirat kelak..hidup dan mati kita tidak dapat diagak..tanpa kita sedari hari semakin hari, kita semakin menuju ke arah itu...
Menyentuh mengenai kesyukuran..bersyukur...syukur atas nikmat yang kita perolehi amatlah penting bagi menjurus ke arah mendapat keredhaan Ilahi..
Terdapat lima cara mensyukuri nikmat:
>> Yakinlah segala nikmat itu datang dari Allah.
>> apabila kita mendapat pujian kerana sesuatu kelebihan, pulangkan kepada pemberinya iaitu, Allah.
>> Terima kasih kepada orang yang menjadi penyebab nikmat.
>> Jadikan segala nikmat diperolehi sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah.
>> Ceritakan nikmat anugerah Allah itu kepada orang lain. Memperlihatkan sebahagian nikmat adalah termasuk dalam erti kata syukur. Tetapi dalam bab ini, kita mesti berhati-hati, kerana dibimbangi mengundang riya'.
Subscribe to:
Posts (Atom)